Kekosongan Yang Ada
Senarai kekosongan yang masih aktif mengikut jenis pekerjaan.maklumat lanjut sila klik sini
After 6 months of data collection from previous post - List of Reported Scam Companies, here is our summary of all the scam companies in Malaysia. The list is keep growing fast as more and more scam companies operate in the market. Check out these companies before you apply any part time job out there:-
If you want to report any scam company, feel free to add it as a comment. We will research on the company before put them into our list above.
dipetik dari laman web lain.. sila klik sini
Program Penempatan Pekerjaan (3P) Pejabat Tenaga Kerja Seremban
Tarikh : 25.04.2009 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Lower Ground Floor, Terminal One Shopping Centre
Program Penempatan Pekerjaan (3P) Anjuran Pejabat Tenaga Kerja Pelabuhan Klang
Tarikh : 25.04.2009 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dewan Serbaguna, Pejabat Daerah/Tanah Klang, Jalan Kota 41902 Klang, Selangor
Program Penempatan Pekerjaan (3P)
Tarikh : 25.04.2009 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dewan Masyarakat Ranau, Sabah
Program Penempatan Pekerjaan (3P) Anjuran Jabatan Tenaga Kerja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tarikh : 25.04.2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 3.00 petang
Tempat : Perpustakaan Kuala Lumpur, No.1 Jalan Raja,50050 Kuala Lumpur (Belakang Dataran Merdeka)
Program Penempatan Pekerjaan (3P) Anjuran Pejabat Tenaga Kerja Alor Star
Tarikh : 25.04.2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Sekolah Kebangsaan Titi Gajah, Alor Star
Program Penempatan Pekerjaan (3P) Anjuran Pejabat Tenaga Kerja Batu Pahat
Tarikh : 25.04.2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bangunan Persekutuan Batu Pahat
Program Penempatan Pekerjaan (3P)
Tarikh : 25.04.2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Pejabat Tenaga Kerja Kangar, Bangunan Tun Hj. Abd Razak, 01000 Kangar, Perlis
Program Penempatan Pekerjaan (3P) Anjuran Pejabat Tenaga Kerja Butterworth
Tarikh : 25.04.2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Pejabat Tenaga Kerja Butterworth
Harian Metro - Khamis, 26 Mac 2009
GOMBAK: Penganggur di negara ini tidak patut melepaskan peluang merebut 25,000 jawatan kosong yang didaftarkan di bawah Kementerian Sumber Manusia.
Menterinya, Datuk Dr S Subramaniam, berkata kekosongan terbabit jika diisi mampu menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara.
“Terdapat 25,000 kekosongan jawatan yang didaftarkan di bawah kementerian. Saya juga sudah meminta pegawai menghubungi mereka yang diberhentikan kerja untuk diserap ke dalam sektor pekerjaan yang mempunyai kekosongan.
“Selain itu, kementerian menawarkan pelbagai program latihan untuk membantu penganggur memperoleh pekerjaan,” katanya pada Majlis Perasmian Hari Kerjaya serta Pelancaran Pusat Penyelidikan Fisioterapi dan Rehabilitasi Kolej Universiti Sains Kesihatan Masterskill (Much) di sini, semalam.
Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) bimbang tercetus fenomena barn graduan universiti semakin sukar mendapat tawaran kerja selepas tamat mengikuti pengajian pascasiswazah melalui program di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua kerana tiada pengalaman bekerja. Pengarah Eksekutifnya, Shamsuddin Bardan, berkata ini berikutan rata-rata majikan, terutama dalam sector swasta, lebih cenderung untuk mengutamakan calon memiliki pengalaman bekerja, berbanding graduan berkelulusan tinggi tetapi hanya berpengetahuan dari segi teori. "Apabila graduan yang menganggur melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD), dikhuatiri akan timbul keadaan yang mana mereka semakin sukar mendapat pekerjaan, kecuali dalam sektor awam yang secara falsafahnya memang lebih gemar melihat kepada aspek taraf kelulusan akademik. "Pihak graduan sudah pasti jangkaan mereka tinggi dalam mencari kerja supaya setaraf ijazah sarjana atau PhD yang dimiliki,"
Senaraikan 10 syarikat utama
Dengan kelayakan dan kemahiran yang anda miliki, cuba pertimbangkan faktor-faktor berikut :-
Kemudian, senaraikan 10 nama syarikat yang bakal menjadi majikan anda. Anda boleh senaraikan lebih banyak lagi, tetapi tumpukan kepada 10 yang paling utama sebelum mencuba yang lainnya. Buat kajian tentang syarikat-syarikat ini melalui internet, melalui rakan-rakan, saudara mara, pensyarah dan dapatkan gambaran latar belakang syarikat dan persekitaran di organisai tersebut. Dapatkan juga maklumat tentang mereka yang menerajui syarikat itu seperti pengarah syarikat, pengurus besar dan sebagainya. Peluang kerjaya untuk anda sedang menanti di hadapan!
Jangan tunggu ada kekosongan, mohonlah sekarang!
Jika ada syarikat yang anda idamkan dan anda rasa sesuai dengan kelayakan anda, mohonlah sekarang. Jangan tunggu sehingga ada iklan jawatan kosong disiarkan. Kebanyakan syarikat mencari bakat-bakat baru, walaupun sebenarnya tiada kekosongan jawatan. Anda dapat
lakukannya dengan menggunakan resume yang agak berbeza tetapi bersesuaian dengan kriteria yang diharapkan.
Libatkan diri dalam organisasi profesiona
Selain bercakap dengan orang di sekeling anda, rangkaian juga memberi anda kenalan baru dan membuka peluang baru. Libatkan diri anda dalam persatuan, kelab atau pertubuhan profesional bersesuaian dengan bidang anda. Semasa anda menghadiri mesyuarat, atau acara lain, anda dapat berkenalan dengan orang-orang yang mempunyai minat dan kemahiran yang sama. Dengan cara ini anda dapat mengintai sumber maklumat serta bantuan untuk mendapatkan pekerjaan dan peluang kerjaya yang lebih baik.
Ambil peluang semasa acara minggu kerjaya (Career Fest)
Biasanya pihak universiti akan mengadakan minggu kerjaya setahun sekali anjuran bahagian hal ehwa. Di situ, pelbagai syarikat akan mengadakan pameran, taklimat dan penerangan tentang peluang-peluang kerjaya di syarikat mereka. Selain itu terdapat juga badan tertentu
yang menganjurkan pesta kerjya seumpama itu di pusat membeli belah, hotel dan seumpamanya. Jangan ketinggalan mengunjungi dan libat diri secara aktif. Masa inilah anda ingin menonjolkan diri anda.
Ceburilah bidang baru
OK, andaikata anda baru tamat pengajian dalam bidang perubatan atau undang-undang. Ini adalah suatu bidang yang khusus. Bagaimana anda boleh mencari peluang pekerjaan dalam bidang yang lain? Bolehkah anda menjadi wartawan dalam bidang kepakaran anda untuk disiarkan di suratkhabar, majalah atau syarikat televisyen? Apa kata, jika anda menggunakan kelulusan anda dalam bidang perniagaan atau pemasaran untuk bekerja di hospital swasta? Atau yang seumpamanya. Jadilah lebih kreatif tentang kebolehan anda. Tentu anda pernah
mendengar tentang bagaimana seorang lulusan undang-undang tapi bekerja sebagai DJ radio, atau seorang lulusan Pendidikan Islam tapi bekerja sebagai pegawai pemasaran. Tidak bermakna, jika anda ada kelulusan dalam satu bidang, anda harus kekal dalam bidang itu seumur hidup anda. Yang penting anda yakin dengan apa yang anda lakukan dan yakin dengan kebolehan diri anda sendiri.
Sediakan resume dan surat permohonan
Yang ini anda tak boleh elak! Jangan mudah menyalin sebarang surat permohonan atau resume yang biasa anda jumpai. Anda perlu hasilkan surat dan resume yang unik; lain daripada yang lain. Kebanyakan majikan akan buat keputusan dalam masa 10-30 saat; sama ada ingin
terus membaca resume anda ataupun tidak. Tujuan utama anda adalah menarik perhatian bakal majikan anda; jadi anda perlukan sesuatu yang unik!
No comments:
Post a Comment